Selasa, Ogos 28

bukan kronologi

I
saya sendiri tidak tahu kenapa

puaka apa yang merasuk tulisanku
banyak kali aku gagal menaip
acap kali backspace

saya fikir saya ada masalah menaip di sini. seperti habis segala buah fikir untuk menekan papan kekunci.


II
saya pernah terlintas pada ayat "innallaha ma'ana" - at-Tawbah:40. sedang elok saja ketika itu
kerana pada awalnya saya sudah diterpa sedih. pembacaan terhenti dan hujan lebat di situ juga. yakinlah saya yang Allah sedang memujuk.

tempatkan Allah dalam hati, nescaya kamu lah yang paling bahagia lagi kaya. kerana kau cukup
segala.


III
saya mahu sekali menghadirkan diri dan mencelah di setiap perbualan seseorang. tapi saya
berkeputusan untuk diam saja dan ambil tahu sedikit tentang hari yang dia lalui. #ewah. ah kau memang dasar stalker.

juga, saya banyak terlepas peluang mengucapkan tahniah atas kejayaan seseorang. tahniah kerana mendapat apa yang dikehendak. #untunglah


IV
mimpi patah gigi selalu menyinggah dalam tidur. bangun dan terus google makna mimpi patah gigi. dan setiap satu wajah orang yang disayang dilihat. (juga default picture di facebook dan twitter) lebih kurang stalk lah maknanya. akhirnya mimpi sebegitu eloklah dilupa.


V
kucing hilang. mungkin saya sudah immune.


VI
celebrated my second year of blogging, secretly.
kepada yang berkongsi bulan; selamat berbahagia Malaysia. nanti aku undi elok-elok.


VII
Ramadhan; the month of blessings.

duduk di dapur dan belajar memasak adalah antara aktiviti yang bagus untuk dibuat pada bulan Ramadhan. improve a few skills yang dah berkarat and ask many questions to mak. kuih karipap dengan popia semakin elok rupanya. barulah boleh buat bisnes jual kuih online.

berapa kali khatam Quran?

aku cinta kau, Ramadhan.


VIII
eid 2012.

KL tak berapa lengang. tak macam tahun-tahun lepas.
tapi Jalan TAR tetap menggila macam biasa. macam-macam loghat negeri yang keluar.
tiada baju raya. biasa saja perasaannya. tidak perlu sedih. ramai saja yang tidak berbaju di jalanan.
the day i learned the names of  firecrackers but still chicken to play one.
sejak dari syawal 2 hingga hari ini, perut masih meragam. tak nak terima nasi. lemah dan tidak produktif.

hoi, datanglah rumah habiskan kuih raya!




eleh. blogging pun nak berteman.


11 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

sempat mengata aku dekat hujung

nousya berkata...

terasa ke abiang?

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

:<

nousya berkata...

tak payah nak buat muka sangat

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

eh biarlah !

nousya berkata...

garang lah konon ada tanda seru!

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

eleh kau pun sama
kata dulang paku serpih

nousya berkata...

alah, mengata orang dia yang lebih

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

pui sekali

suesue berkata...

Bagi alamat rumah,nak pegi habiskan kuih raya! XD

nousya berkata...

rumah kat sentul! mai lah :)