Rabu, September 5

cerita selepas kelas semester pendek

Depan kolam cetek luar KLCC. Duduk di anak tangga. Di sebelah, seorang lelaki yang ditangannya ada DSLR Nikon. Boleh tahan menggoda juga lensanya.Telinganya disumbat earphone. Ditangan aku ada buku. Aku cuba membaca. Tapi perhatian dialih kepada lelaki disebelah.

Tembak gambar, katanya, bila sedar yang aku memerhati. Aku merenungnya, kurang pasti dengan apa yang aku dengar.

Tembak? 

Ya, I suka tembak gambar.

Tembak gambar?


Macam ni. Dia ambil gambar aku. Mata aku terkelip, terkejut. Dia tengok hasil yang ditembaknya.


HAHAHA cute!


Dah lama buat kerja macam ni?


Photographer? Lama dah.


Dah biasalah ambil gambar orang tanpa izin?


Err. Sorry. Minum kopi? Dia tanya.


Aku angguk.


Starbucks?


Anti.


Air mineral, then.

Dia mengangkat punggung dan menuju ke pintu masuk KLCC. Tak sampai lima minit dia datang semula dengan dua botol air mineral ditangan. Duduk dan membetulkan rambut. Aku tanya,

dengar lagu apa? 

Kamelia, katanya. Pernah dengar?

Aku angkat bahu.

Lagu Ramli Sarip. Lalu dia menyanyikan sedikit lagu itu.

Gugusan hari-hari
Indah bersamamu
Kamelia


Aku sebenarnya pura-pura tak tahu.

Suaranya tak sedap.

Tapi aku tak cakap.

6 ulasan:

n berkata...

Pak Iqbal ke? LOLOL

nousya berkata...

haha tak payah nak LOLOL sangat n

n berkata...

"Tak perlu kau berlari mengejar mimpi yang tak pasti, hari ini juga mimpi, maka biarkan ia datang di hatimu..."

hahaha.

jumpa isnin nanti insya Allah. borak-borak pasal 'pak iqbal'

nousya berkata...

ugh
how come i forgot about ebiet g ade

oh tak sabar!

inginku berlari mengejar seribu bayangmu, n ;)

elwani majidah berkata...

budak budak tak boleh baca entri kau yang ini ni. nanti habis semua lepak depan klcc, tunggu mat mat dslr. kakakaka

nousya berkata...

hahaha. ini bukan cerita betul ya, adik-adik.