Jumaat, September 21

Hajah Ramlah binti Medan

aku tengah tidur masa abah telefon. tak sempat jawab. handset mati. bateri kering.
mesej dari abah jam 1.46 petang -awe meninggal baru tadi

aku telefon abah.

ha, dapat mesej abah? awe dah meninggal ya.

tau.

nak balik kampung tak?

nak.

aku bersiap ala kadar. bawa yang perlu.
tak tahu nak respon apa. nak menangis ke apa. nak sambung tidur semula atau tidak.
doa untuk awe. doa banyak-banyak.
aku tak boleh menangis. aku keluar dari bilik cepat-cepat. aku tak boleh duduk seorang diri. aku banyak berfikir.
aku pergi bilik Sab. Sab sambut dengan takziah. aku senyum.

aku panggil nenek aku awe. sebab dulu cucu pertama tak reti sebut wan. dia sebut awe. aku dah bergenang tadi masa baca status cousins dekat facebook. tapi aku tak nak menangis. nanti dah sampai kampung aku menangis lah. kot. 

aku gelak pendek dan terus borak ringan dengan Sab sementara menunggu dijemput abah.


sampai kampung, rasa pelik.

hey, awe dah meninggal tau. kau dah tak jumpa dia dah nanti. lepas ni tak ada siapa tunggu kau balik kampung.

itu. mata dia dah tertutup. tidur. dan takkan bangun.

*capai yassin, baca dan menangis*


aku sebenarnya tak pernah terfikir yang satu hari nanti awe pergi. sebab dia dah terlalu lama dengan kami. dah terlalu biasa dengan kehadiran dia. aku bukan cucu yang rapat dengan awe. tapi kalau dah itu orang yang kita lihat selama ini, dan tiba-tiba dia hilang, mana tak rasa kehilangan.

11 September. awe pergi dalam tidur. pada usianya 79 tahun. dalam keadaan harum. bersih. seperti sudah tahu. seperti sedia dijemput tuhan.


pertama dan terakhir kali aku cium awe.

kali terakhir jumpa awe pada raya pertama yang lepas.

awe tak pergi mana-mana. dia tunggu semua.




ok. sebelum tumpah elok aku berhenti.
aku dah tak reti susun ayat.
aku memang tak pernah reti susun ayat.

3 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

for all its worth
salam takziah daripada aku

n berkata...

Alfatihah untuk Awe.

La Tahzan, Nousya.
doa banyak-banyak. Nanti kita dapat jumpa balik. Dengan izin Tuhan, di Syurga nanti. Amiin.

nizamsani berkata...

Innalillah.