Khamis, Oktober 11

Mardiah

Seingat aku, dialah sahabat pertama yang Allah pinjamkan. Sewaktu umur 5 tahun ketika di Seremban, rumah yang bertentangan dengan rumah aku ada satu keluarga muncul. Ternampak seorang kanak-kanak perempuan-comel-pakai gaun-kulit putih melepak rambut macam blonde sikit aku ingat orang putih mana. Seperti biasa setiap petang aku akan main basikal depan rumah. Masa itu aku dah reti main basikal sambil lepas dua-dua tangan. Kira satu pencapaian besar lah lagi-lagi basikal aku jenis tinggi punya. Masalahnya aku nak cerita pasal Mardiah sekarang.

Ada satu petang, aku ternampak dia tengah main basikal. Tapi dia tak pro macam aku. Sebab kakak dia tolong pegang tempat duduk. Tak reti balance lah katakan. Sampailah satu hari kami bertemu juga. Masing-masing atas basikal. Aku tak ingat siapa tegur siapa dulu. Rupanya dulu dia duduk di London. Yang paling aku ingat, dia suka speaking masa itu. Perkataan favourite dia 'just'. Apa-apa ayat mesti sebut 'just'. Aku masa itu budak tadika kemas saja. Level english aku tak macam budak tadika cumi ciki kahkah. 

Satu pagi sedang aku menyakat kawan-kawan di tadika, dia datang dengan dengan atuknya. Nak mendaftar. Kami kacip mula dari hari itu. Kami sama tadika dan sekolah agama petang saja. Sejak itu, dialah teman sepermainan dan teman ketat sampai semua benda nak cerita. Bergilir lepak di rumah borak sampai pukul 1 pagi pun tak ada siapa kisah. Tapi mak kami biasa saja jerit dari pintu rumah panggil balik. Sama-sama jatuh ke dalam semak sebab aku tak dapat kawal basikal. Dia bonceng di belakang gelak macam orang tak betul aku ingat dia patah riuk ke apa tapi steady saja. Sama-sama tonton Kuch Kuch Ho Ta Hai sampai terlelap. Aku tengok dia menangis masa makan. Dia pernah paksa aku melukis. Dalam kepayahan aku siapkan juga lukisan Shin Chan siap berwarna dengan water colour lagi. 

Aku ingat lagi ayat mak aku "Pergi baca buku. Esok Mardiah mesti terbang mana-mana, tinggal awak seorang," betul kata mak aku. Dia masuk MRSM Taiping dan aku masih lagi di Seremban. Sejak itu aku dah nampak ke mana arah tuju hidupnya dibawa takdir. Tambah pula aku pindah ke KL lepas SPM, seperti payah nak bertemu. Dapat pula berita dia bakal terbang mengejar cita, mengundang kesunyian di lubuk hati. Aku bergenang depan dia juga, aku tak kira. Come on, betapa mudah kau tinggalkan aku. *Peh

It would be great if we can stroll back into our childhood years. Great times -Mardiah
How time flies, man.

Tak dapatlah nak cerita semua benda. Mardiah pun bukannya baca blog aku sejak aku tengok tak ada lagi France pada statistik blog aku. Aku ingat sikit masa lagi sampailah aku ke Tolouse. Itupun kalau berduit lah. Maklumlah kita tak ditaja macam orang lain. Dah dua bulan aku tak dengar khabar berita dari dia. Dah tak sudi nak telefon aku gamaknya. Sibuk sangat sampai terlupa kita yang tak fly ini.          

u_u

Motif entri: 
Happy birthday, Siti Mardiah Johani. 
Be extra awesome and take care too. 
Thanks so much for awesome years together. 
Be good. 
Live well.
May Allah protect you there.
I love you to bits.
16 tahun persahabatan dan terus kekal begitu.
InsyaAllah. 

8 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

aku pernah borak dengan dia tentang blog kau
cuma masa itu kau private blog kau

itu yang aku suruh kau unprivate blog kau
>_<

nousya berkata...

aku nak kena terharu ke apa ni?

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

tak payah nak terharu
just keep it this way
sudah cukup

nousya berkata...

eh. poyonya hang

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

macam ini pun kena poyo
ah, baik aku tidur

nousya berkata...

cakap sikit merajuk

Tanpa Nama berkata...

Hey tenkiuuu T_T.....qienn ak xlpe ko lahh.iskk.ske buat drma cmniee.maaf lambt bce.:(

nousya berkata...

haha. tak kisah pun.
saja mengada
dah. tak payah cembeng >.<