Isnin, Oktober 8

sebelum aku bernikah

6 Oktober yang lepas aku pergi Seminar Baitul Muslim Sebelum Aku Bernikah di Menara TM. Cukup sekadar menjadi committee. Event yang sangat bermanfaat bagi mereka yang bakal berumah tangga dan juga yang mencari suntikan cinta yang berterusan di alam perkahwinan. *Peh

Ada lah beberapa ayat penting yang aku dapat daripada panelis yang berkongsi ilmu.

Ustaz Pahrol; Pengurusan Hati

  1. Kita jadi jahat bukan kerana kebetulan, tapi kebiasaan yang diulang-ulang. 
  2. Kenapa kita tidak gusar dengan pergaulan bebas?
  3. Dosa adalah sesuatu yang meresap ke dalam hati.
  4. Perkara yang paling malang bukan apabila kita tidak disayangi, tetapi apabila kita tidak menyayangi.
  5. Jadi orang yang baik akan dapat jodoh yang baik.
  6. True colour pasangan kita akan muncul selepas 5 tahun usia perkahwinan.
  7. Iman itu aman. Yang memberi tenang kepada orang lain.
  8. Persiapan sebelum kahwin; dekati Allah.
  9. Semakin banyak kita teguk kemanisan sebelum kahwin, semakin tawar dan hambar perkahwinan nanti.
Dan ada lah lagi ayat-ayat power yang seperti jentikan di dahi akibat terasa dengan setiap apa yang ditutur oleh ustaz. Eloklah, biar sedar diri sikit aku ini sang pendosa. 

Ustaz Zaharuddin: Cari Jodoh; Langkah 1,2,3
  1. Berusaha mendapatkan sakinah dan mawaddah daripada pasangan.
  2. Cinta kepada pasangan bukan pada wajah.
  3. Jodoh tidak boleh kita nafikan.
  4. Tips dapatkan jodoh nombor 5; menawarkan diri kepada lelaki/wanita yang soleh dan solehah. *Ada berani?*
Juga beberapa ayat sinis dan sindiran tentang pergaulan bebas, bercinta sebelum kahwin dan lain-lain lagi. Aku tak berapa ingat.

Hilal Asyraf; Sebelum Aku Bernikah
  1. Bila jumpa keluarga, kita nyatakan hasrat. *nak melamar dan sebagainya*
  2. Definisi kebiasaan cinta; makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena, belajar tak score.
  3. Cinta adalah keinginan untuk bersama-sama ke syurga Allah.
  4. Apa-apa yang menjauhkan kita daripada Allah bukan cinta namanya.
Juga ada sedikit perkongsian Hilal tentang bagaimana dia berusaha mendapatkan jodohnya. Aku tak dengar sangat sebab banyak kali terlelap.

Ustaz A. Ubaidillah dan Ustazah Isfadiah; Kau dan Aku Berbeza: I Drive, U Baca Peta.
  1. Pilihlah yang beragama.
  2. Wanita apabila bercakap dengannya, perlu terperinci. Detail.
  3. Perkahwinan adalah komunikasi.
  4. Nak bahagia perlukan effort.
  5. Marriage is about acceptance.
  6. Percaya dengan pilihan ibu bapa.
  7. Sebelum bernikah, kita perlu bersedia.
Inilah sedikit sebanyak yang aku dapat. Penceramah yang lain-lain seperti Tuan Afyan Mat Rawi, Ustazah Fatimah Syarha, IM Jabbar, dan Tuan Shahrulnizam aku tak berapa fokus sangat. 

Tamat saja event, aku fikir banyak kali tentang apa yang sedang dan yang sudah aku persiapkan untuk hal kahwin. Tak perlu sembang kencang tentang kahwin kerana apa yang lebih pasti adalah mati. 


_______________

"Nggak enak ya jadi cewek."
"Kenapa nggak enak jadi cewek?"
"Kalo suka sama orang nggak bisa bilang, biasanya nunggu doang."
"Ah kuno lo. Bilang aja!"

>.<

Aku petik dari buku 5cm.

Alright, thanks for reading. Assalamualaikum ;)



Aku harap ada orang share pasal talk Zakir Naik. *Please

Tiada ulasan: