Rabu, Februari 13

I became unbearably sad

Mungkin nota rojak sesuai bertemakan sedih sepanjang tahun.

I
Hampir dua bulan aku tak keluar-keluar dari mood tak sedap. Punca yang aku sendiri tak tahu. Bermulanya dengan peristiwa adik sakit sampailah bermacam hal yang lain. Aku lebih banyak menyendiri dan menjadi lebih pendiam.

II
Last semester punya final exam ada paper yang aku jawab sambil mata berkaca dan bayangan mak abah melintas pada mata. Begitu perit rasanya untuk terus menulis bila apa yang dihadam seakan-akan  tak berguna langsung. Aku tak ingat langsung tentang tarikh result dan tiada langsung rasa berdebar. Redha sangat agaknya. Menangis depan laptop bila tengok semua lulus. Aku juga DL. Bak kata sahabat aku, kita DL. Dah Lulus. Pointer naik sedikit.

III
Secara rasminya aku sekarang di third year.
    "Dah third year dah, mak"
    "Ada berapa tahun lagi?"
    "Dua kot"
    "Dah boleh cari calon dah tu"
    "Bukan pasal tu. Nak cakap cepat je masa berjalan. Tapi eloklah mak dah bagi green light."

IV
Aku telah jatuh ke dasar yang paling dalam. Aku perlukan satu jenis semangat yang membolehkan aku untuk menaip tentang apa yang dah jadi. Di sini aku jarang bercerita tentang aku yang gembira, bermasalah, dan juga sugul dalam menempuh hari-hari yang kekadang sengaja singgah mencari gaduh.
Aku telah bazirkan air mata aku di hadapan beberapa orang asing. Sungguh, jangan diacah orang yang sedang kacau. Apa lagi dengan bertanya, "Nangis ke?" soal lelaki di depan aku. Maka sebaik sahaja aku menidakkan soalannya, air mata aku jatuh lantas membuktikan yang aku bohong. Aku marah dengan pertanyaan seperti itu. "Ya, tuan. Saya menangis." Begitu, seharusnya aku mengaku saja. Ada masa kita tidak mengiyakan pertanyaan orang kerana perasaan yang sebenar harus kita sembunyikan. Tapi aku tewas. Di hadapan manusia yang entah siapa.
Aku harus belajar mengawal emosi dengan bijak. Lebih-lebih lagi sekarang bila mudah benar nak menangis.

V
Banyak hal menarik yang jadi semasa adik aku sakit. Berulang-alik ke hospital dan hari-hari makan makanan orang sakit, tak lupa juga terlena dengan sedapnya di katil hospital. Banyak kali aku disangka mak kepada adik aku. Kelakar. Aku mengiyakan saja bila tak larat nak jelaskan hal sebenar.

"Anak berapa orang?" soal seorang doktor lelaki.
"Saya tak kahwin lagi.. ini adik saya"

Dan aku lah yang paling suka melihatkan wajah kelat doktor tersebut.

Ada 3-4 kali aku menyaksikan tangan adik dicucuk dan diambil darahnya. Adik aku menangis. Aku juga menangis, senyap-senyap. Melihatkan dia terlantar saja begitu, sedarlah aku betapa sayangnya aku dengan manusia yang bernama Adibah Najwa. Dan betapa sunyinya rumah bila dia tiada. Satu hal yang aku perasan, aku menjadi lebih motherly ketika menjaga dia di hospital. Moga sifat motherly terus melekat dalam diri *muntah.

Satu hal yang aku perhatikan adalah betapa mudahnya seorang ibu menanggalkan tudung ketika menjaga anak yang sakit di hospital.

Aku berkenalan dengan beberapa orang ibu muda yang sebaya aku. Dengan rendah diri aku mengaku aku budak U saja. Dan dengan megahnya mereka berkongsi cerita tentang berkahwin muda. Tak tahu ke aku tengah cemburu? Pantas aku naik ke katil dan pura-pura mengantuk.

Jiran-jiran sebelah katil adik aku sakitnya adalah jauh lebih teruk dari penyakit adik aku. Betapa bersyukurnya aku dijadikan Tuhan sihat walafiat.

Betapa besarnya pengorbanan dan pahala seorang ibu menjaga anak yang sakit siang dan malam.

Ada beberapa cerita pelik dan tidak enak yang aku malas nak taip.

VI
Aku terjumpa blog dan twitter seorang kakak. Dan sebagai seorang adik, wajar bagi aku untuk berasa sedih dengan apa yang ditulis. Hal itu membuatkan aku sedar, ada orang yang lebih senang hidup tanpa adik beradik dan menjadi anak tunggal yang dimanja-manja tanpa rasa cemburu dan sakit hati pada adik beradik yang lain. Sila duduk di planet lain.

VII
Bila aku sedih begini ada seorang yang aku harap ada untuk mendengar. Tapi entahlah.

5 ulasan:

Awan Putih berkata...

:)

BERMASALAH berkata...

Kau dah dewasa.

nousya berkata...

tang mana yang dewasa?

BERMASALAH berkata...

budak-budak(macam aku) tak berapa reti maksud unbearably sad.
kau dah dewasa.

May Maisarah berkata...

Moga terus kuat untuk berdepan hari esok. amin... =))