Rabu, Mac 13

tentang pilihan dalam berkeputusan

Jiwa, rasa, hati. Dalam hati ada rasa. Pada hati terletaknya perasaan. Sama seperti kata lainnya iaitu qalb. Sejenis gumpalan daging yang berdetak detik juga berbolak balik. Ianya tak ubah sepeti cermin. Memantulkan keperibadian, juga apa saja realiti yang terkandung di dalamnya. Ada masa sedih, marah atau tersinggung. Pendek cerita, perasaan yang berubah-ubah.

Ya, berbolak balik.

Lalu bagaimana anda membuat keputusan ?  

Secara peribadi, ada satu hal yang aku bersikap tenang dalam berkeputusan. Seperti jawapannya sudah ada. Cuma waktu dan juga ketetapan rasa yang telah sedia ada diteguhkan lagi oleh Allah. Maka, mudah. Dengan wujudnya perasaan rela lalu direlakan. Dan aku berperasaan seperti keputusan aku adalah yang paling tepat. Mudah-mudahan.

Pada Allah jua lah aku letakkan harap. Moga-moga aku tak lupa pada wujudnya sebarang bentuk kebarangkalian.  

Dalam hidup nggak ada jaminan buat terus bahagia. Nggak ada kepastian buat apa pun. Setiap orang bisa terkeluar dari kotak kesenyamannya. Secara tiba tiba. –Malaikat Tanpa Sayap

Only Allah knows best. Only He can decide :)

Tiada ulasan: