Ahad, April 14

sampai ketemu

Akhirnya
Cuma deruan angin yang menerpa
berbisik lembut pada wajahmu
membawa khabar yang aku gembira

rasa ini seperti memaksa
mendesak dengan tanya
"apa khabar kamu di sana?"
"masihkah ada untukku cinta yang tersisa?"

lalu jawabmu

di luar sana helaian daun dipukul angin
jendela dibuka ku lihat jagat raya
ku petik bintang dan diisi pada balang kaca
buat meneman kamu di kala duka

kita ini terpisah beribu batu
berbeza batas waktu
dan aku terlalu ingin kembali
pada manis senyummu

sampai ketemu

:)

Tiada ulasan: