Khamis, Mei 2

bibliofilisme

Assalamualaikum

I
3 kali pergi book fair dalam masa seminggu. Tersedar yang aku tak seasyik tahun-tahun sebelum ini. Mungkin faktor diri sendiri yang tak gemar bersesak-sesakan dalam keramaian. Aku boleh jadi leka bila ke booth ITBM dan ralit membaca buku-buku puisi yang selalunya aku tak beli. Hajat untuk membeli buku-buku islami dah hampir selesai, esok pergi tambah lagi dengan mak. 

II
Bukan niat nak melucah ke apa. Aku sendiri pun dah puas beristighfar panjang.


Untuk buku di atas, aku ada sumbang satu cerpen tajuk Mat Semberono yang aku tulis 2 tahun lepas agaknya. Hantar ke penerbit tahun lepas. Kemudian diterima, dan aku sendiri tak ingat apa yang aku hantar.



Lagi satu cerpen ada dalam buku ini, tajuk Suci. Boleh tahan cincai jugalah aku tulis. Tak ada idea pun, tahu-tahu saja jari sedap menaip. Ending pun pakai redah asal siap. Cadangnya sekadar hantar saja, sekali diterima pula. Lemah satu badan. Puas aku kutuk tulisan sendiri.

PBAKL ada baki 2 hari lagi. Bolehlah dapatkan di booth Dubook Press.


III
Dan disebabkan aku tak excited di PBAKL, dengan tak sengajanya aku pergi Popular, beli 5 buah buku english yang dah lama aku cari. Punyalah leka. Salah abah aku sebab dia bawa aku keluar. Aku kalau dah masuk kedai buku memang tak ada tawar menawar dah antara kehendak hati yang suruh beli, dengan bisik-bisik di telinga yang mengatakan "sikit-sikit sudahlah."

Gila apa nak let go buku Harper Lee yang tinggal sebuah depan mata. Tambah dengan buku Haruki Murakami dengan Khaled Hosseini, tak tahan lah kita. Rembat buku, rembat duit abah. 

Mana nak cari buku Chairil Anwar dengan buku-buku Indonesia yang mantap, ya?


IV
Aku sebenarnya terasa hati dengan Jibby. Tak ada pun dia SMS aku suruh pangkah dacing. Merajuklah.

V
Boleh dah mula doakan aku untuk exam hujung bulan ini. Bukankah doa itu tanda sayang? 

2 ulasan:

Abul Akmal Arif Bin Anuar berkata...

blog ini macam ada pakai ilmu
kejap ada, kejap tak ada

nousya berkata...

haha magik