Ahad, Mei 12

bila rindu meluap dan aku banjir

Balik dari kiosk, aku duduk depan meja study. Perlahan tangan merasa panas di dahi. Panadol atas meja aku tenung kosong.

Lalu aku teringat.

Ada satu hari, sebaik pulang dari kelas, mak masuk ke bilik aku dan dihulurnya air dan panadol.

"Mak ni, orang boleh ambil sendirilah," terharu sebenarnya.

"Yalah tu,"

Aku toleh ke belakang. Line clear.

Aku tenung panadol.

Buka tingkap.

Buang panadol.

Minum air.


Hidup kau kalau nak diikutkan memang senang tak sedar diuntung, Nourul Syaqienah.


Atas sepotong doa di setiap akhir solat, temukanlah aku dengan ibu bapaku di syurga. Amin.