Sabtu, Jun 15

22

Hey, feel free to ignore this.

But the truth is that, its the mother who deserves the credit on a birthday. Nuff said.

Mak: 22? Tua dah. Mak dulu dah beranak satu dah.

Saya pernah diberitahu yang saya lahir ketika orang sedang sibuk menghantar arwah nenek yang akan berangkat ke tanah suci. Sampailah sebulan yang lalu, barulah saya tahu cerita yang sebenar.

Mak kata, sedang sibuk-sibuk menguruskan kenduri doa selamat untuk arwah nenek ke tanah suci, sewaktu itulah saya sibuk nak keluar. Mak kata, saya yang paling senang lahir, dan tak rasa sakit sangat ketika bersalin.

Dalam hati, lega mak tak sakit. Lega tak menyusahkan mak waktu itu. Tapi, apalah yang saya tahu tentang sakit dan kepayahan seorang ibu yang melahirkan.

She has stretch mark on her tummy
And the swelling in her feet
It stays there
And never really went away
She will always be the one who loved me the most

Terima kasih kepada yang beri ucap selamat dan doa
Terima kasih kerana masih ingat saya
Terima kasih kerana menghargai kewujudan saya
:')

Sabtu, Juni 15

*kitar semula tulisan lampau

Tiada ulasan: