Ahad, Jun 16

setidaknya, aku tahu dia ada

pada ingatanku kutemukan dia di antara kenang-kenangan
yang sepertinya dia sedang sedaya upaya cuba melupakan
barangkali bukan memori yang cuba dipadam
tapi aku lah yang benar-benar dia cuba perabaikan

segala butir bicaraku tak diperendahkan
aku seperti bayang-bayang yang tidak berkepentingan
kewujudanku bukanlah sesuatu yang dia harapkan
dan mungkin juga aku akan selamanya diasingkan

kalau diperlakukan sebegini aku sudah biasa
dalam sedih sendu aku masih sudi untuk hirau
dan acapkali aku memujuk diri
disalah erti tak ambil peduli

perlahan-lahan aku hilang
dan nama aku terapung tak tercatat
jika benar ini yang dia inginkan
tak sampai esok lusa aku pun melenyap

berpegang pada kata hati
jika tiada keperluan lagi
rasanya aku harus pergi
tak diteman dia seperti sebelum ini

berpeganglah pada janji
selagi aku tahu dia masih ada
ingatlah yang aku juga ada

Tiada ulasan: