Selasa, Julai 2

bertemu lesbian

Aku gagahkan mata dan kaki pagi itu hanya untuk satu tujuan dan destinasi; rumah. Sejak dari UIA lagi sewaktu menunggu bas, aku sudah siap mengatur niat untuk tidur dalam LRT. Mengantuk dan letih akibat sengaja menjadi degil menolak untuk tidur.

LRT tidak berapa penuh pagi itu. Aku terlelap sejurus puas memerhati manusia dan perwatakan mereka yang ada dalam LRT. Lentok sampai sakit tengkuk. Berhenti saja LRT di KLCC barulah aku terjaga. Berkerut-kerut pelipis, terkelip-kelip mata cuba mengenal pasti keberadaan sendiri. Ah, belum Masjid Jamek lagi. 

Beg sandang di atas riba aku bawa ke belakang badan. Terkena pula manusia di sebelah. Aku tuturkan "sorry" sambil menguntum senyum kecil. Lalu dibalas dengan "takpe"

Sedang aku cuba membetulkan tali beg pada bahu, manusia di sebelah bersuara;

"Ada air liur."

Aku memandang pelik, cuba memahami ayat yang dituturkannya

"Tu, air liur basi." Sambil telunjuknya di arahkan ke tepi bibir aku

"Sini." Dengan bersahaja manusia itu cuba membersihkan air liur basi aku dengan jarinya saja. Jika dihulur tisu mungkin sedikit waras aku kira. Tidakkah dia berasa geli?

Pantas aku menangkap tangannya sebelum menyentuh kulit aku.

"Thank you. Nanti saya bersihkan sendiri." Dia akur.

Aku bangun dari duduk kerana Masjid Jamek semakin hampir. Sebelum keluar dari LRT, tangan aku disisip tisu oleh manusia tadi. Aku ucapkan terima kasih kepada dia yang sedang sedia tersenyum.

Lipatan tisu itu aku buka dan tertulis padanya;

"You look so cute when you sleep"
Ada bentuk love pada hujung ayat
Juga nombor telefon, beserta "call me :* "

"Les?" Hendak disoal ke manusia tadi. Tapi LRT dah bergerak laju meninggalkan aku.

Lalu aku terfikir, bahawa pada zaman ini, ada perempuan yang tidak lagi memerlukan lelaki. Atau apakah lelaki yang tidak memerlukan perempuan? Siapa yang sering menolak poligami? Bukankah menolak poligami itu menolak wanita? Pada awalnya menolak poligami. Kemudian berlaku lambakan wanita yang tidak berteman.  Lalu mereka pun berteman sesama sendiri. Sesama jenis. Bahagiakah? Atau adakah aku yang silap dalam memberi buah fikir?

Astaghfirullah, sudah akhir zaman. 
Alhamdulillah, aku tak berahi pada yang sejenis. 

Aku basahkan tisu dan tulisan padanya menghilang. 
Untuk tisu yang diberi, terima kasih lesbian. 

2 ulasan:

Alia Ramley berkata...

ahahhahaha... sorry im taken. ckp gitu lain kali.

Tanpa Nama berkata...

taken dah ke? :'(