Sabtu, Januari 18

loncatan 81 hari

I
aku fikir, berehat lama dari menulis blog akan mendatangkan semangat berkobar untuk kembali menulis.

mengarang tanpa rancang di kala lewat malam seperti sekarang, tak berapa damai, memandangkan rumah tepi jalan - bunyi kenderaaan yang terlalu bingit terutamanya motor tak pernah gagal buat aku rasa nak pindah semula ke seremban.


II
kenapa di saat duduk-duduk santai selalu ada hal yang ingin ditulis, tapi bila medan mengarang di depan mata, *poof - hilang.*

kenapa bila ada hal yang mahu diberitahu kepada seseorang, tapi selalu berkeputusan untuk simpan dan menganggap benda itu tak penting pun - ah, forget it.

tak rugi pun beritahu, paling kurang pun malu, tapi sebentar cuma.


III
tahun 2013 aku belajar tentang diri sendiri yang serba serbi lemah, degil, cengeng, suka mengelak, tak jujur, berahsia. i hurt people around me, i wish i knew myself better.

tapi, dalam pada mengutuk diri sendiri ini, harus bersyukur kerana masih ada yang setia dan percayakan aku yang tak seberapa ini. kekadang tertanya-tanya juga apa bagusnya aku sampai dikurnia sekian-sekian nikmat. luas rahmat Allah tak pernah nak nampak, Nourul Syaqienah.

pernah tak rasa seperti mahu lari, tinggalkan diri sendiri yang sekarang ini?


IV
i need someone to tell me that "it's okay, just spill it. i wont judge even if it's complicated that i hardly understand you."

because we all want that reassuring feeling of having someone to fall back on when things get rough.


V
mengharapkan 2014 menjadikan aku perempuan kuat, gagah perkasa seperti Badang.

Tiada ulasan: