Ahad, Februari 9

surat untuk mak abah

Mak Abah
Rumah
Sentul

9 Februari 2014

Assalamualaikum, Mak Abah.

Mak Abah sihat? Mak mesti batuk macam selalu, kan? Abah hari itu demam, dah sihat agaknya sekarang. Ini memang bukan satu kebiasaan Mak Abah dapat surat daripada anak yang tinggal tak jauh dari rumah. Kerana adakalanya banyak hal yang hendak dikatakan, tapi terlalu payah untuk diberitahu - lalu pilihan yang ada adalah melalui penulisan. Benar, tak sama antara diri sendiri bila bersemuka dengan Mak Abah dengan diri yang sedang menulis ini - kerana dalam penulisan, manusia menjadi orang lain. Tak sama. Kadang berselindung, kadang berterus-terang.

Mak, mak tahu banyak perkara tentang anak mak yang seorang ini. Dari kerenah yang buruk hinggalah baik tingkah laku, mak memang dah kenal sangat. Mak selalu menjadi insan pertama menerima berita gembira mahupun sedih sebaik terjaga dari lena. Kerana anak mak yang seorang ini hanya punya bonda yang setia mendengar dan berkongsi cerita. Kerana mak adalah kawan baik. Masih ingat pada hari kita berbaring bersama sambil mak mendengar setiap cerita anak mak ini? Tahu mak bosan dan penat mendengar, tapi mak pun jenis melayan juga. (Haha) Kita sama-sama saling bertukar cerita. Kemudian bila suara beransur perlahan dan kita kehabisan topik bicara, perlahan badan mak dipeluk :') 

Abah, anak abah yang seorang ini sudah tidak sepolos dulu. Sedikit naif tapi tidak terlalu lurus. Mendengar kata, tapi adakalanya degil keras kepala. Jika sewaktu kecil abah akan memimpin tanganku kemas ketika di jalanan. Sekarang tidak lagi. Anak abah ini kononnya pandai jaga diri, keluar seorang diri, tahu selok belok bandar, tak takutkan tipu daya dunia luar. Abah tidak lagi memegang erat seperti dulu, tetapi anak abah ini akan sendiri mencari tangan abah bila-bila perlu, bila-bila takut dan bila-bila terasa ingin bermanja. Kerana anak yang dulunya kecil, kini terkepung dengan masalah hidup yang setia menemani hingga ke zaman kedewasaan.

Kerana anak yang seorang ini sedang bertarung dengan hidup yang makin memberat. Tanggungjawab sebagai itu dan ini, juga segala masalah yang selalu hadir sengaja mencari pasal. Tapi sedikit-sedikit, ada matlamat yang bercambah. Ada semangat yang tumbuh. I know that it is a foolish thing to wish that life can be as much simpler as it once were when we were still children. Kerana sewaktu kecil, kita tidak menyedari akan wujudnya duka dan payahnya hidup menjelang usia yang lebih dewasa. Kerana kita yang dulu, hanya tahu menangis tatkala terjatuh lalu disambut dan disapu ubat pada luka. Kita belajar menahan tangis dan bangun sendiri. Kita berpura-pura yang seolah-olah kita ini kuat, walhal kita sedang memaksa diri untuk belajar supaya tidak memanjakan diri.

I know that sometimes Allah sends me pain so I can be much stronger. Sometimes Allah sends me failure so I can be humble. And sometimes Allah takes everything so I will value what I have. Kerana Tuhan punya rencana yang lebih baik. And I know that I have such great support behind me. Terima kasih Mak Abah kerana masih tetap terus dengan doa-doa rutin untuk anak yang ini, kerana kita semua tahu, sedar, masih, dan selalu percaya bahawa doa yang terbaik adalah doa kedua orang tua. Moga bahagia milik Mak Abah dan keluarga kita.

Malam sudah larut, sampai sini dulu. Assalamualaikum.



Yang selalu rindu,


NS.

Tiada ulasan: