Sabtu, Mei 10

catatan pendek

Kau tahu, cara kita hidup adalah atas pilihan sendiri. 

Jadi, apakah kau memilih untuk selamanya kekal dalam melankoli? Merintih, menangis. Kau hidup dalam daerah sugul dan murung. Justeru kau mengharapkan tulisan kau dibaca dan pembaca turut sama simpati dengan kau. Kalau turut sama menangis itu sudah cukup bagus.  

untuk apa kau menulis?
kerana kau tak punya pilihan
kepada siapa kau menulis?
kepada insan yang melukakan

Betul kan?

Aku bukan bercakap tentang kau semata-mata. Kerana aku juga begitu. Persis. 

Keluarlah daripada kehambaran gaya penulisan yang sama. Tinggalkanlah rasa sedih. Berhentilah daripada berfikir kau tak disukai, kau mangsa keadaan, kau tak dipedulikan, dan segala rasa yang lain.

Gembirakanlah dirimu

Boleh kan?

: )

Tiada ulasan: